apa yg saya mimpi semalam eh.. cuma terasa pelik mimpi itu..
tidur malam semalam sampai lupa tutup lampu.
mimpi pasal org bunug org.. tp vampire nyer style..
siap dr mula sampai ending tu..
yg klakanya part ending tu siap ada satu album tentang sume yg dah mati setakat ni.
bila kita tgk album tu, siap gambarnyer leh gerak2 macam movie.
and dalam movie tu, nampak arwah datuk. tak pernah mimpi dia. erm.. kalau pernah pun dh lama tak mimpi dia. dalam mimpi tu dia dah pengsan..
pastu kitorang angkat dia baring sebelah nenek..
pastu dia kata, dia wat wat pengsan jer..
supaya orang ready bila dia akan pergi.
jadi dia gelak-gelak and wat wat pengsan lagi.. sampailah dia dah tak da..
dia wat mcm tu supaya nenek tak sedih. ohhh.. romantiknye.
apa jadi lepas tu ek. erm.. saya stare kat movie tu lama. kaku.
dah tak leh mimpi dah. dah sampai ending nyer..
huhu.. pelik sungguh mimpi semalam.
maybe sbb kepala otak fikir pasal bacteria kat lab hidup ke idak..
so hari ni g lab, check bacteria.. tak hidup. sedey.
semalam bawak jaket..
semalam lagi satu pun bawa jaket..
in case sejuk petangnya atau malamnya.. w/pun siang panas..
hari ni, tak bawak jaket..
pg td panas sgt.. tp sekarang ni, awan dah banyak menyelubungi..
pasti sejuk ptg nnti.. owh..
tp jaket tak de, phone pun tak de.
what a bad day today. ='(
Selamat Datang
w.s.f.a.w.i.
- pheedao
- Melb, VIC, Australia
- I'll be marking my first year journey next month, on July,17. Dan itu bermakna, setahun sudah berlalu dan setahun lagi bakal berlalu. =)
Blog Archive
Blogroll
Petang tadi, waktu tengah dinner seorang sahabat tanya kenapa tulisan saya yang lepas, RAYA berbunyi/berbaur emosi.. bak kata oputehnyer emotional. Well, macam yang saya nyatakan dengan jelas di situ, ada yang terbeban di hati. Yang emangnya dah dikumpul beberapa lama. Namun cubaan untuk meluahkan tidak berjaya sebab tidak ada yang sudi mendengar. Sudahnya ada sahabat yang sudi, dapat lah dikongsi. Hehe.. maklumlah saya ni manusia biasa, ada waktu sedih ada waktu gembira ada waktu marah. Sesungguhnya saya bukan patung dan yang pasti punya perasaan. Saat itu saya OFF sekejap. Harap maklum.
Oh ye, hari ini saya cuba buat cookies. Resipi daripada sahabat saya di Malaysia (dari kakaknya). Hmm.. hasilnya, saya tak suka. Memang saya tiada bakat dalam arena membuat kek dan biskut ni kot. Bukan apa, minat tu bukannya ada pun. Saja nak mencuba. Anyway, tq sahabat itu yang sudi bersusah payah carikan saya resipi itu daripada kakaknya. ;p
Untuk aktiviti yang telah saya lakukan pada raya kali ini, sila baca di sini. Ini blog housmate saya. Apa yg dia buat, itu yang saya buat, since kitorang kan housemate.
Bercerita tentang raya sakan ini, pagi tadi saya membaca satu artikel di berita harian yang dipanjangkan ke yahoogroup mail kami. Cerita tentang amalan melawat kubur di hari raya dan juga tentang raya sakan. Saya percaya apa yang ditulis itu adalah benar, ini kerana memang amalan masyarakat melayu sering menziarahi kubur di pagi raya. Saya sendiri sudah lama tidak ke kubur semenjak mempunyai kesedaran, amalan menziarahi kubur di pagi raya bukanlah sesuatu yang wajib/harus kita lakukan.
Bukan tidak mahu mengingati yang telah tiada, tetapi amalan tersebut tidak mencapai maksud sebenar lawatan itu. Seharusnya, kubur itu tempat untuk kita menginsafi diri dan mengingati bahawa itu destinasi kita suatu hari nanti. Bila dan bagaimana, itu menajdi rahsiaNya. Kubur bukannlah tempat untuk kita meratapi yang telah pergi. Apatah lagi wanita-wanita yang tidak seharusnya ke tanah perkuburan dan meratapi orang-orang yang telah meninggal itu. Saya juga percaya kita tidak harus 'menandai' kubur itu seperti membina marmar disekelilingya dsb. Ini kerana kawasan tanah perkuburan haruslah di guna semula apabila tiba waktunya. Kerana yang bersemadi di situ adalah jasadnya, sedangkan roh sudah berada di alam barzakh. Tambahan pula kita tidak mahu kubur itu nanti menjadi sembahan cucu cicit, seperti amalan agama dan budaya lain.
Setelah ke kuburan, barulah amalan raya sebenar di amalkan. Iaitu melawat saudara mara dan jiran tetangga. Kala ini, orang akan minta maaf, minta halalkan makan minum dan sebagainya. Pada hemat saya, jangan ucapkan maaf itu andai tidak benar-benar bermaksud mengucapkan kata maaf. Jangan sekadar mengikut tradisi. Mengucapkan kata maaf selari dengan ucapan selamat hari raya. Maaf seharusnya di minta dan di beri dengan seikhlas hati. Baru la kita dapat beraya dalam erti kata sebenar-benarnya. Tanpa sengketa tanpa sengsara. Namun begitu, amalan kunjung mengunjugi dan ziarah menziarahi adalah amat digalakkan kerana kegembiraan berhari raya haruslah dikongsi bersama mereka yang masih hidup. Mummy dan baba saya selalu mengingatkan titipkan doa buat nenek moyang, saudara-mara yang telah meninggal setiap kali lepas solat. Dengan harapan doa-doa kita dapat sampai kepada mereka walau di mana jua kita berada.
Panjang betul entry saya kali ini. Tapi apa yang telah saya tuliskan ini adalah sesuatu yang patut dikongsi dengan kawan2 semua. Terutama bab melawat kubur dan ucapan maaf itu. Saya tak pasti artikel tentang melawat kubur itu bila tarikhnya. Tapi boleh cek di berita harian.
Ok la.. till next time.
me: Tak sabar tunggu jumaat. my sis nak dtg.. ;p
Dah sebulan lebih saya tak update blog ini. Sian blog ini terabai memandangkan segalanya ada di Facebook. ;p Entah kenapa hari ini tergerak hati untuk menulis di sini. Ini kerana sesetengah benda tak boleh dikongsi di FB, terlampau open. LOL!
Hari ini raya kedua. Titik koordinat saya ketika ini adalah di lab, sedang cuba mentransformkan bacteria dengan DNA. Harap-harap usaha saya kali ini membuahkan hasil yang lebih baik berbanding dengan yang sebelum ini. =)
Walaupun berada di lab, tadi sempat juga ke open house Kak Dayah aka Ustazah Hidayah & Hj Fairuz. Makan spageti. Thank you kak dayah sebab memberi saya makan spageti itu sebab semalam saya dah bagitahu kak dayah yang perut saya dah penuh dengan rendang. waahhh..
Sambutan syawal di sini cukup meriah, Alhamdulillah. Semeriah tahun lepas. Tapi tahun lepas komuniti kami di sini masih kecil. Tahun ini ramai, dan suasana menjadi lebih meriah. Namun begitu, ada kontranya, di mana kita tidak dapat bersama kesemuanya, bila mana sesetengah orang mencipta plan raya mereka tersendiri bersama kumpulan mereka sendiri. Jadi tak sempat lah kami nak berjumpa dengan kesemuanya sekali. Kalau dulu, insya Allah berjumpa. Tapi tak megapa, ada rezeki kita akan berjumpa juga dan kita akan dapat menghulurkan tangan dan beraya antara kita. insya allah..
Aduh, rindu rasanya beraya di Malaysia. Bersama keluarga tercinta. Bebanannya lain. di sini bebanannya lain. Entahlah. Ada yang terbuku di hati ini, tapi sukar untuk diluahkan. Terima kasih kepada sahabat di lab tadi yang sudi berkongsi cerita. Sempat juga terhambur apa yang terbuku di hati. Bukan apa sesetengah orang seperti tidak sudi nak mendengar apa yang saya ingin kongsi. Jadi sudahnya perlulah saya simpan seorang diri. Thanks sahabat itu, you know who you are.
Erm, saya perlu siapkan kerje saya ini. Nanti kita sambung lagi yer... Daa..
YEAY! Jersey Fursolix dah sampai. Design by our team captain Tiqie. Hehe.. merasalh I bergaya dengan tudung purple baru, inner purple baru dan jersey yang of course baru. =) Walaupun satu team limit player up to 10 saja, I dont mind. Would be happy duk tepi court cheering. Coz ramai lagi yang berbakat yang boleh main. Apa apa pun, semoga team tahun ni boleh up sikit dari tahun lepas yang hanya sampai ke smi final. Good LUCK!



